Pages

Monday, September 17, 2012

AS didesak henti serangan dron

ISLAMABAD: Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari semalam mengulangi gesaan supaya Amerika Syarikat (AS) menamatkan serangan dron ke atas militan di negara itu.
Gesaan itu dibuat selepas berunding dengan duta khas Amerika Syarikat ke Afghanistan dan Pakistan, Marc Grossman yang berada di Islamabad sejak Jumaat lalu untuk berbincang dengan pegawai kanan negara itu.

“Mereka berbincang mengenai hubungan dua hala, perang terhadap militan, keadaan serantau, penyeludupan dadah dan serangan dron,” kata jurucakap presiden, Senator Farhatullah Babar.

“Asif mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat menamatkan serangan dron kerana ia tidak membawa keuntungan dalam perang menentang militan dan usaha untuk menawan hati orang ramai.

“Beliau mencadangkan supaya kedua-dua pihak berbincang untuk mencari jalan lain,” kata Farhatullah.

Serangan dengan menggunakan pesawat tanpa juruterbang itu amat tidak popular di Pakistan. Islamabad mendakwa, serangan seumpama itu mencabuli kedaulatannya dan meningkatkan sentimen anti-AS.


Bagaimanapun, pegawai Amerika dikatakan percaya bahawa ia amat penting.

Hubungan antara Islamabad dan Washington terjejas teruk selepas pembunuhan Osama bin Laden dan serangan udara yang meragut nyawa 24 tentera Pakistan tahun lalu. - Reuters

No comments: