Pages

Monday, September 17, 2012

6 pesawat musnah dalam serangan

KABUL: Serangan pejuang ke atas sebuah pangkalan tentera udara di Afghanistan Jumaat lalu memusnah enam jet penggempur Amerika Syarikat.
Jurucakap Nato, Leftenan Kolonel Hagen Messer berkata, serangan oleh lebih 12 penyerang beruniform tentera Amerika Syarikat di Kem Bastion di selatan wilayah Helmand itu, turut memusnahkan lima stesen minyak dan enam hangar. Putera Harry yang menduduki tangga ketiga senarai pewaris takhta Britain, bertugas di kem berkenaan.

Dalam satu kenyataannya, ISAF berkata, serangan itu diselaras dengan baik dan dilancarkan oleh 15 militan yang berpecah kepada tiga pasukan. “Mereka kelihatan dilatih dengan baik,” menurut kenyataan itu. - AFP

1 comment:

Anonymous said...

mungkin askar negara Bani Tamin serang marah pasal filem hina nabi tue...padan muker amerika