BANDAR GAZA - Penduduk Palestin, kelmarin, memperingati ulang tahun ke-43 insiden serangan ke atas Masjid al-Aqsa yang dilakukan seorang pelampau Kristian dan turut dihadiri Presiden Mahmoud Abbas.
Dalam ucapan beliau, Abbas mengutuk tindakan pihak berkuasa Israel yang sebenarnya bertanggungjawab membenarkan insiden membakar masjid dilakukan sewenang-wenangnya dan Masjid al-Aqsa turut terkena tempias perbuatan biadab mereka.

"Matlamat utama rejim Zionis adalah untuk mencabul kesucian Masjid al-Aqsa bagi membina kuil Yahudi di kawasan itu," katanya.
Abbas turut menegaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan tidak dapat dicapai jika Israel masih menawan bandar yang kekal menjadi ibu negara dan teras identiti Palestin.
Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan daripada keputusan Majlis Perbandaran Baitulmaqdis pada bulan lalu, untuk mengubah kawasan masjid yang menjadi kiblat pertama orang Islam itu kepada taman awam.
Difahamkan, untuk pertama kali juga anggota polis Israel membenarkan orang Yahudi untuk menggempur masjid itu dan mengancam orang Islam yang sedang beribadat semasa Ramadan.
Serangan ke atas Masjid al-Aqsa pada tahun 1969 itu, dilancarkan Michael Dennis Rohan yang bertindak biadab membakar kawasan dalam masjid sehingga menyebabkan beberapa tinggalan sejarah Islam termasuk mimbar Saladin berusia 800 tahun musnah.

No comments:
Post a Comment