ZAMBOANGA: Sebuah sekolah kendalian Katolik di selatan Filipina mencetuskan kontroversi dengan melarang pelajar wanita mengenakan tudung.
Ketua Suruhanjaya Muslim Kebangsaan Filipina, Mehol Sadain, berkata dia menulis surat kepada pentadbiran Kolej Pilar di Zamboanga bagi menuntut dasar itu ditarik balik. Walaupun mengakui sekolah itu berhak menjalankan kebebasan akademik, kata Mehol, pihak pentadbiran wajar melakukannya secara adil. “Kolej Pilar sepatutnya sedar, mereka tidak boleh melanggar undang-undang serta dasar sedia ada,” katanya. Mehol berkata, dasar pendidikan menyatakan, pelajar perempuan perlu dibenarkan memakai tudung di sekolah dan dikecualikan daripada ritual keagamaan lain. Sementara itu, sekolah terbabit berkata, mereka tidak boleh “menyimpang” daripada ajaran Katolik. - AFP
No comments:
Post a Comment