Pages

Monday, August 6, 2012

Kecintaan Bilal r.a kepada Saidina Muhammad saw


Setelah kewafatan Baginda saw, Bilal tidak mampu lagi menetap di Madinah.Ini kerana di situ (Madinah) mengingatkan Bilal peristiwa-peristiwa yang berlaku bersama Rasulullah saw.Lantas Bilal berpindah ke tanah Syam, ke negeri ini yang penuh suci lagi berkat kerana pernah didoakan oleh Nabi saw.Bilal berpindah ke "Daraya" berdekatan dengan Damsyik dan berrkahwin di sana.

Kemudian pada suatu hari, Bilal terjaga dari tidur dalam keadaan menangis.Bertanya isterinya "Apakah yang membuatkan dikau menangis?".Bilal menjawab "Aku bermimpi melihat Rasulullah saw malam tadi.Baginda saw bersabda: Wahai Bilal, apakah keasingan ini?Tidakkah sekarang waktu untuk kamu menziarahiku?"Keluar Bilal menziarahi Madinah.

Pada kisah ini ada penceritaan yang agung.Di antaranya ketika tibanya Bilal di Madinah, lantas Bilal menangis dengan tangisan yang tak dapat dibendung.Saidina Abu Bakar as Siddiq berkata : "Wahai Bilal, mengapa tidak kamu melaungkan azan bagi kami seperti mana kamu azankan bagi Rasulullah saw suatu ketika dahulu?".Bilal berkata: "Maafkan aku wahai Khalifah Rasulullah, demi Allah aku tidak mampu melaungkan azan di kota Madinah ini selepas kewafatan Baginda saw.Kerana dahulu setelah aku selesai azan, aku terus menuju bilik Rasulullah saw dan berkata : "Solat ya Rasulullah".Dan kemudian bagaimana pula aku hendak berkata demikian".Saidina Umar pun begitu. (meminta agar Bilal melaungkan azan)

Kemudian Bilal bertemu Saidina Hasan dan Husain.Salah seorangnya berumur 8 tahun dan seorang lagi berumur 7 tahun.Ketua pemuda ahli Syurga.Bilal memeluk kedua-duanya dan menangis.Tercium pada kedua mereka wangia milik datuk mereka yakni Rasulullah saw.Saidina Hasan dan Husain meminta Bilal melaungkan azan.Saidina Bilal tidak mampu menolak permintaan kedua mereka.

Dan terus Bilal naik ke tempat yang pernah Beliau berdiri azan ketika zaman Rasulullah saw.Ketika Bilal azan "ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR!".Terkejut penduduk Madinah."ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR!".Berteriak manusia di rumah-rumah : "Adakah diutuskan semula Rasulullah saw???".Mereka teringat suara azan ini ketika hidupnya Baginda saw ketika dahulu."ASYHADU AN LA ILAHA ILLA ALLAH!".Keluar semua lelaki dari rumah mereka.Keluar mereka dari pasar mereka."ASYHADU AN LA ILAHA ILLA ALLAH!".Keluar wanita-wanita dari rumah mereka, lelaki dan wanita semua keluar ke lorong kota Madinah berteriak: ""Adakah diutuskan semula Rasulullah saw???Adakah diutuskan semula Rasulullah saw???Adakah diutuskan semula Rasulullah saw???"

Ketika mana sampainya azan Bilal kepada "ASYHADU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH".Terasa kesedihan yang sayu.Bilal tidak mampu menyempurnakan azannya.Lantas turun dari tempat azannya.Telah berkata Perawi kisah ini, "Madinah tidak pernah kelihatan sedih sayu begitu selepas kewafatan Baginda saw melainkan ketika Bilal melaungkan azan "ASYHADU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH".

Kisah ini disebut semula dalam majlis ini agar kita rasai sedalam-dalamnya kalimah "AKU BERSAKSI BAHAWASANYA MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH".Jika tidak ada Baginda saww, tidaklah kamu mengenali azan dan juga tidaklah kamu mengenali solat.Juga kamu tidak mengenali "LA ILAHA ILLA ALLAH!!!".Tidak sempurna keimanan seseorang itu sehingga menjadikan Baginda saw orang yang dicintai lebih dari dirinya.

Dan Allah jadikan kecintaan kepadaNya bersangkutan dengan kecintaan kepada Baginda saw.Tidak Allah jadikan kecintaan padaNya bersangkut paut dengan kecintaan terhadap makhluknya melainkan dengan Saidina Muhammad saw!Katakanlah: "Jika benar-benar kamu mencintai Allah makaa ikutilah aku (Rasulullah saw)" -al Imran (31).Dan hasil dari mencintai Rasulullah saw, Allah akan mencintai kamu.Tidak cukup hanya kamu sekadar mencintai Allah.Bahkan menjadikan kecintaan kepada Allah itu menyebabkan lahirnya kecintaan kepada Baginda saw.

Bagaimana kamu mendengar suara azan lima kali sehari berulang kali menyebut, "ASYHADU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH!".Kamu tahu menyahutnya "ASYHADU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH" itu sunnah.Adakah dengan hati yang hadir, dengan sentiasa terasa BERHUBUNG dengan Rasulullah saw yang mulia ini???Dengan kekasih yang dicintai ini???


-al Habib Ali al Jufree

No comments: