13 Ogos 2012
RABAT - Ratusan aktivis berhimpun di bandar utama Maghribi untuk membantah kerajaan kerana gagal menangani isu rasuah, peningkatan kos sara hidup dan beberapa sebab lain yang mendatangkan ketidakpuasan hati rakyat.
Kumpulan hak asasi, ahli kesatuan sekerja dan gerakan protes 20 Februari, kelmarin berdemonstrasi susulan kecewa dengan kegagalan kerajaan yang memerintah menunaikan janji pilihan raya.
Di Casablanca, hampir 1,000 orang berkumpul sambil melaungkan slogan anti rasuah, mengecam kenaikan harga barangan dan meminta pembebasan beberapa aktivis yang sebelum ini dipenjarakan.
Menurut polis, protes yang berakhir tengah malam kelmarin turut berlaku di jalan-jalan utama Rabat dengan dihadiri lebih 300 penunjuk perasaan yang melaungkan kritikan terhadap Perdana Menteri Abdelilah Benkirane.
Dalam protes itu, aktivis menyalahkan keputusan Parti Pembangunan dan Keadilan (PJD) yang mendalangi kenaikan harga petrol sehingga 20 peratus pada Jun lalu sebaik sahaja kerajaan melancarkan rang undang-undang ketidakmampuan subsidi yang sekali gus meningkatkan harga makanan dan barangan asas lain.

No comments:
Post a Comment