Pages

Thursday, August 16, 2012

Iran lancar dana bantu mangsa gempa

TEHERAN - Iran melancarkan dana kilat bagi membina penempatan mangsa terutama yang terjejas teruk di kawasan pergunungan, sebelum kedatangan musim sejuk Disember ini.

Ketua Bulan Sabit Iran Merah, Abdolhossein Faghih berkata, 230 kampung musnah sepenuhnya akibat gempa bumi, Sabtu lalu.
 
“Kerajaan telah memberi geran AS$1,000 (RM3,116) bagi setiap keluarga dengan faedah rendah,” katanya.

Faghih berkata, Bulan Sabit Merah kini giat menyediakan penempatan sementara bagi 16,000 mangsa dengan mengedar khemah, selimut, makanan dan air.

Menurutnya, dalam memohon bantuan kemanusiaan dari negara antarabangsa, kerajaan Iran tetap berkeras menolak bantuan dari Amerika Syarikat, Jerman, Turki, Taiwan, Singapura dan Rusia.

Sementara itu, beberapa blog Iran dan laman berita, mengkritik Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad kerana tidak melawat kawasan terjejas dan meninggalkan negara itu bagi menghadiri mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam di Arab Saudi sejak Sabtu lalu.

Sabtu lalu, dua gempa bumi berukuran 6.4 dan 6.3 pada skala Richter melanda barat laut Iran sekali gus meranapkan kampung di timur laut bandar Tabriz dengan angka korban mencapai 306 orang.

No comments: