Pages

Wednesday, July 18, 2012

Tentera Laut AS bunuh nelayan India di Teluk

DUBAI: Seorang nelayan India terbunuh dan tiga yang lain cedera apabila sebuah kapal tentera laut Amerika Syarikat menembak bot mereka di luar pantai Dubai di perairan selatan Teluk, semalam.
Pegawai pertahanan Amerika berkata, bot berkenaan tidak mengendahkan amaran supaya tidak mendekati kapal pembekal minyak USNS Rappahannock.

Anggota tentera laut Amerika itu bimbang bot itu mengancam keselamatan mereka.
“Sejak 2000, kami begitu bimbang terhadap bot kecil,” kata seorang pegawai pertahanan di Washington, merujuk kepada serangan berani mati ke atas kapal pemusnah, USS Cole di Pelabuhan Aden, Yaman. - AFP

No comments: