Pages

Wednesday, July 18, 2012

Pentagon percepat penghantaran USS John Stennis

WASHINGTON: Berikutan ketegangan di Iran dan Syria, Amerika Syarikat mengambil langkah mengerah lebih cepat sebuah kapal pengangkut pesawat ke Asia Barat.
Jurucakap Pentagon, George Little memberitahu wartawan semalam, Setiausaha Pertahanan, Leon Panetta meluluskan permohonan supaya USS John Stennis ditempatkan di perairan itu empat bulan lebih awal daripada jadual. “Keputusan itu akan membantu kerja sokongan terhadap keperluan pasukan tentera laut yang ada di Asia Barat ketika ini dan mengurangkan ‘tempoh kekosongan’ apabila kapal pengangkut pesawat USS Entrprise meninggalkan kawasan berkenaan.

Terdapat dua kapal pengangkut pesawat ditempatkan di rantau itu ketika ini - USS Abraham Lincoln dan USS Enterprise.
USS Lincoln berlepas pulang semalam ke Amerika Syarikat selepas berada di rantau itu selama lapan bulan, kata Pentagon.

USS Lincoln akan digantikan dengan USS Dwight Eisenhower sedikit masa lagi dan akan menjadi satu-satunya kapal pengangkut pesawat Amerika berada di perairan Asia Barat sekiranya USS John Stennis tidak dikerah lebih awal. - AFP

No comments: