GAMBAR yang bertarikh 26 Jun lalu menunjukkan udang karang pelbagai warna di syarikat New Meadows Lobster di Portland pada 21 Julai lalu. |
Pada kebiasaannya, udang karang yang ditangkap nelayan di sini berwarna coklat kehijauan.
Sebelum ini terdapat penulisan yang menyatakan kebarangkalian untuk menangkap udang karang berwarna biru ialah seekor bagi setiap dua juta ekor.
Kebarangkalian untuk menangkap udang karang berwarna oren pula ialah seekor bagi setiap 30 juta ekor.
Bagaimanapun, Pengarah Eksekutif Pemuliharaan Udang Karang di Friendship, Maine, Diane Cowan menyatakan terdapat peningkatan tinggi dalam jangka hayat haiwan itu.
Menurutnya, keadaan itu berlaku kerana bilangan haiwan pencari mangsa untuk menjadikan udang tersebut sebagai makanan telah berkurangan.
Beliau berkata, bilangan haiwan pencari mangsa yang berkurangan itu menyebabkan semakin banyak udang tersebut yang dapat meneruskan kehidupan sekali gus terperangkap dalam pukat nelayan. - Agensi
No comments:
Post a Comment