Pages

Wednesday, July 25, 2012

Komander antara 14 polis Afghan sertai Taliban

KABUL - Seorang komander polis Afghanistan dan 13 pegawai rendah telah menyertai puak Taliban di wilayah Farah, sebelah barat negara itu, kelmarin.

Perkembangan itu dilihat sebagai tindakan pembelotan terbesar membabitkan pegawai polis setakat ini.

Laporan media menyebut komander terbabit, yang dikenali sebagai Mirwais, diberi tanggungjawab mengetuai kumpulan yang terdiri daripada 20 anggota di sebuah pondok pemeriksaan ketika mereka membelot kelmarin.

Kumpulan lelaki yang membelot itu didakwa membawa bersama senjata, radio dan kenderaan polis.

Farah digambarkan sebagai kawasan yang paling tidak selamat di sebelah barat Afghanistan, yang lazimnya aman.

Komander itu berpangkalan di perkampungan Shewan, di daerah Bala Bulak, yang dikategorikan sebagai kubu kuat Taliban.

No comments: