Pages

Wednesday, July 25, 2012

Pakaian sukan tutup aurat bantu atlit Islam

pix_gal0London: Pakaian sukan hijab yang dicipta khas menutup aurat wanita memberi galakan baru kepada wanita Islam menceburi sukan di peringkat antarabangsa.

Kejohanan Olimpik London menjadi tempat pertama menyaksikan peserta wanita bertanding dalam 26 acara dan badan bola sepak dunia, FIFA yang melonggarkan peraturan berpakaian supaya lebih ramai wanita Islam dapat bertanding dalam sukan itu.

Peserta yang tutup aurat
Sukar untuk mengetahui berapa ramai atlit wanita bertudung mengambil bahagian kali ini tetapi mereka termasuk peserta judo, Wodjan Ali Seraj Abdulrahim dan pelari Arab Saudi, Sarah Attar, selain pemain bola sepak.

Tahun lalu, Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa membenarkan atlit angkat berat wanita menutup kaki dan lengan mereka, memberi peluang kepada pasukan wanita Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi yang pertama bersaing dengan memakai tudung, diwakili oleh Khadija Mohammed, 17.

Apa yang perlu dipakai oleh atlit wanita tidak sepatutnya mendapat perhatian seperti ini tetapi bagi ramai wanita yang mahu menutup aurat, pakaian sukan menjadi penghalang untuk mereka bersaing.

Peserta pentathlete Mesir, Aya Medany memutuskan untuk tidak bertanding di Olimpik kerana perenang wanita dalam acaranya perlu memakai pakaian renang yang mendedahkan leher, lengan dan separuh kaki. Agensi

No comments: