Pages

Wednesday, July 25, 2012

Kejayaan hanyalah dalam agama



“Kejayaan hanyalah dalam agama”. Hari ini kita selalu ingat bahawa kejayaan adalah dalam harta, kesenangan hidup, pangkat, darjat, kesihatan tapi Alim Ulamak menerangkan bahawa kejayaan sebenarnya adalah di dalam agama. Bagaimana? Taat segala perintah Allah dan ikut Sunnah Nabi Sallallahua’alaihi Wassalam.

Sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan. Di luar sunnah tiada kejayaan. Apakah sunnah itu? Iaitu cara Nabi Sallallahua’alaihi Wassalam. Bila kita ikut cara Nabi Sallallahua’alaihi Wassalam, Allah Subhanawataala akan beri kita kejayaan dunia dan akhirat. Cara lain selain cara Nabi Sallallahua’alaihi Wassalam, tiada kejayaan. Cara lain selain cara Nabi Sallallahua’alaihi Wassalam, akan menempuh kegagalan. Oleh itu kita hendaklah yakin seyakin-yakinnya bahawa hanya cara Nabi Sallallahua’alaihi Wassalam yang bawa kejayaan, selain cara Nabi Sallallahua’alaihi Wassalam, langsung tiada kejayaan. Inilah kata-kata ataupun nasihat yang sering Al-Hikmah dengar daripada ustaz-ustaz dan alim ulamak.

Suka atau tidak, sedar atau tidak, hari ini kita umat Islam sudah banyak tinggalkan sunnah Nabi Sallallahua’alaihi Wassalam. Sebaliknya ramai umat lain selain umat Islam mengamalkan sunnah nabi. Maka umat Islam menempuh kegagalan HIDUP DI DUNIA. Umat lain pula mendapat KEJAYAAN HIDUP DI DUNIA. Contohnya kebersihan.

Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas dari bapanya, dari Rasulullah Sallallahua’alaihi Wassalam: “Sesungguhnya Allah S.W.T itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Maha Mulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan,kerana itu bersihkanlah tempat-tempatmu” (HR. Tirmizi)

Kita hari ini rata-rata tidak mejaga kebersihan. Tandas awam cukuplah buat contoh. Nak masuk pun fikir dua kali tapi kalau tak masuk nak buang air di mana? Sampah setiap kali selepas pasar malam, menggunung rasanya. Orang kita hanya tahu berniaga tapi kebersihan tidak mahu ambil kira. Inilah kita (maksud saya diri saya).

Bukanlah nak agung-agungkan orang asing tapi sekadar buat pedoman kita. Lihat negara-negara Barat tuan, mereka amalkan sunnah nabi, jaga kebersihan, mereka dapat kejayaan di dunia. Lihat Jepun tuan, lihat Korea tuan…tempat mereka bersih dan kemas, maka mereka dapat kejayaan dunia dengan amalkan sunnah nabi. Tetapi mereka semua tidak dapat kejayaan akhirat sekaligus kejayaan segala kejayaan. Itulah bezanya kita umat Islam dengan orang bukan Islam. Mereka hanya dapat kejayaan dunia tetapi tidak di akhirat. Yang sedihnya kita umat islam jika tidak amalkan agama ini secara sempurna yakni mengikut sunnah, maka dunia pun tiada kejayaan, akhirat pun tiada kejayaan, nauzubillah.

Oleh itu untuk berjaya di dunia dan di akhirat kita tiada jalan lain selain daripada Taat Segala Perintah Allah dan ikuti Sunnah Nabi Sallallahu’alaihi Wassalam.

Apa sahaja yang ada disekeliling kita tidak boleh memberikan manfaat ataupun mudarat kepada kita tanpa izin Allah Subhanawataala. Kita hari ini terlalu bergantung kepada hal-hal dunia. Sebenarnya kita ini kecil sahaja disisi Allah Subhanawataala. Allah tidak perlukan kita sebagai makhluknya tetapi kita yang memerlukan Allah Subhanawataala untuk kita terus hidup dan berjaya di dunia dan selamat di akhirat nanti. 

Kita ini ibarat kapal yang berada di lautan yang luas. Selagi air laut masih di luar kapal dan kapal masih di atas air laut maka kita akan selamat dan berjaya. Tetapi apabila air laut sudah masuk ke dalam kapal kita akan rosak binasa. Begitulah juga hati kita yang kecil ini. Apabila seluruh hal dunia, kekayaan, harta, pangkat dan darjat masih berada di luar hati kita, kita akan berjaya. Dan apabila hal dunia, kekayaan, harta, pangkat dan darjat sudah masuk ke dalam hati kita, kita akan lalai sehingga rosak kehidupan kita.

No comments: