Pages

Sunday, July 8, 2012

Penderaan seksual kanak-kanak

Penderaan seksual kanak-kanak - Semasa - Sinar Harian:
Penderaan seksual kanak-kanak
Gambar hiasan...Pelaku sering mengugut mangsa agar tidak membuka mulut atau menceritakan penderaan seksual dilakukan kepada sesiapa terutama ibu bapa.
Murung, gelisah, takut, tertekan, menjauhkan diri. Pernahkah anda melihat kanak-kanak di sekeliling anda atau ahli keluarga yang masih kecil berperangai demikian? Jika ada, masih belum terlewat untuk anda mendekati dan menyelami isi hati mereka kerana terdapat kemungkinan besar, mereka adalah mangsa penderaan seksual oleh individu tidak bertanggungjawab.

Jangan sesekali memandang remeh perkara sebegini kerana secara tidak langsung kita menafikan hak kanak-kanak ini kerana tidak cuba membantu mereka. Lebih mengejutkan apabila kajian mendapati sebanyak 90 peratus kes dilaporkan, mangsa mengenali individu melakukan penderaan ke atas mereka.

Ikuti kupasan tajuk Modus Operandi kali ini bagi mengetahui dengan lebih lanjut permasalahan dihadapi termasuk tip yang boleh diguna pakai.

Definisi: Penderaan seksual kanak-kanak merujuk kepada sebarang perlakuan individu yang memaksa, memperdaya atau mengugut kanak-kanak yang mendorong berlakunya hubungan seksual dengan mereka, semata-mata untuk memuaskan nafsu seksual.

Ia juga merujuk kepada penderaan seksual seorang kanak-kanak bawah umur oleh dewasa, atau seseorang yang jauh lebih tua atau dalam kedudukan berkuasa atau mengawal kanak-kanak, di mana kanak-kanak digunakan sebagai stimulasi seksual bagi orang tersebut atau orang lain.

Punca/faktor:
- Kurang didikan agama
- Gagal kawal nafsu seks
- Sikap suka menganggap kanak-kanak sebagai rangsangan seksual
- Masalah penagihan dadah dan arak menjadikan seseorang individu itu bertindak di luar batasan - dendam terhadap perempuan
- Pengaruh kisah silam
- Pernah menjadi mangsa sehingga peristiwa itu mempengaruhi minda dan menjadikan kanak-kanak lain pula sebagai mangsa
- Tiada kesedaran dalam kalangan ibu bapa dan penjaga tentang kepentingan pencegahan jenayah seksual
- Sikap ibu bapa dan penjaga yang sering mengelak daripada menerangkan mengenai jenayah seksual kepada kanak-kanak
- Kurangnya pengetahuan dalam kalangan kanak-kanak berhubung cara untuk melindungkan diri daripada menjadi mangsa
-

Dera seksual kanak-kanak merangkumi:
- Memasukkan objek atau bahagian tubuh ke dalam faraj, mulut atau dubur
- Menyentuh bahagian sulit
- Menunjukkan bahan-bahan lucah kepada kanak-kanak
- Mengambil gambar kanak-kanak dalam aksi seksual
- Menggalakkan kanak-kanak menonton atau mendengar aksi seksual
- Membuat panggilan telefon lucah
- Merogol
- Melakukan seks oral
- Meliwat
- Melacurkan
- Mengintai
- Mencium, mengusap dan mempamerkan aksi lucah

Kesan kepada kanak-kanak: Kecederaan fizikal, emosi dan jiwa bagi jangka masa
tertentu:-
- Masalah fizikal: kebimbangan boleh sebabkan berat badan menurun, gemar memakai pakaian berlapis-lapis
- Masalah sosial: sering bercakap tentang teman baru yang lebih dewasa, suka berahsia, masalah perhubungan dan menagih dadah dan alkohol
- Masalah psikologi: takut pada orang, perubahan tingkah laku secara tiba-tiba, marah, menyisihkan diri, mengigau, sukar tidur, takut kepada gelap, kencing malam atau menghisap jari bagi kanak-kanak besar
- Mencederakan diri sendiri
- Gagal beri tumpuan
-Kecenderungan menjadi pemangsa apabila dewasa

Cara mencegah:
- Ibu bapa perlu beri pendidikan kepada kanak-kanak mengenai kepentingan menjaga tubuh badan mereka daripada dicerobohi
- Beri pendidikan agama dan moral tentang dan kemudaratan perbuatan persetubuhan haram
- Menasihati anak agar tidak mudah menuruti pelawaan orang-orang yang tidak atau baru dikenali untuk makan, minum, bersiar-siar atau pergi ke bilik/rumah mereka
- Sentiasa berwaspada dengan makanan dan minuman yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru dikenali. Mungkin ia mengandungi dadah, bahan pelali atau perangsang nafsu
- Jangan sembunyikan masalah, terus maklum kepada ibu bapa

Penyelesaian:

Polis: Beri pendedahan khusus berhubung pencegahan jenayah seksual kanak-kanak kepada ibu bapa/penjaga
- Mengadakan program/bengkel yang boleh:- Beri kesedaran serta panduan kepada ibu bapa serta kanak-kanak yang menjadi mangsa, beri pendekatan kepada penjaga untuk menyampaikan pendidikan seksualiti kepada kanak-kanak, meningkatkan pengetahuan penjaga tentang konteks psikologi mangsa jenayah seksual kanak-kanak dan cara untuk mengendalikan emosi mangsa

Ibu bapa/penjaga: Bersikap terbuka dengan kanak-kanak agar mereka dapat berkongsi masalah dan tidak takut untuk mendedahkan perbuatan atau penderaan seksual yang dilakukan pada mereka, beri sokongan apabila kanak-kanak mula memberitahu dan tunjukkan anda akan membantu dan bersama-sama melaluinya, tingkatkan pengetahuan tentang pencegahan jenayah seksual kanak-kanak, beri pendedahan dengan menerangkan mengenai jenayah seksual kepada kanak-kanak agar mereka tidak mudah jadi mangsa.



Sumber: Wikipedia, www.rmp.gov.my, laman Facebook Polis KL, www.yahoo.com, www.google.com

'via Blog this'

No comments: