Pages

Sunday, July 8, 2012

Afghanistan diberi status keselamatan khas

Afghanistan diberi status keselamatan khas - Global - Sinar Harian:

Afghanistan diberi status keselamatan khas
Clinton (kiri) semasa lawatan mengejutnya ke Kabul sambil diperhati oleh Hamid (kanan).
KABUL - Amerika Syarikat (AS) mengisytiharkan negara Afghanistan sebagai bukan sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) iaitu sebahagian penarafan yang mengukuhkan mesejnya kepada rakyat bahawa mereka tidak akan ditinggalkan, semalam.

Setiausaha Jabatan Negara AS, Hillary Rodham Clinton, mengumumkan keputusan itu selepas mendapat persetujuan daripada Presiden Barack Obama dalam lawatan mengejutnya ke Kabul di mana dia bertemu dengan Presiden Hamid Karzai.

Status berkenaan didakwa AS, dapat membantu Afghanistan memperoleh perlindungan daripada mereka dan memperoleh laluan mudah untuk menyertai latihan ketenteraan bersama kerana mengganggap tentera tempatan perlu bertanggungjawab demi keselamatan tanah air sebelum penghantaran pulang tentera Nato pada 2014 depan.

"Sila ambil perhatian bahawa AS akan menjadi rakan dan pasangan anda. Kami (AS) tidak dapat bayangkan jika meninggalkan Afghanistan dengan begitu sahaja dan ianya tindakan yang melawan arus," dakwa Clinton dalam taklimat bersama media tempatan.

Tambah Clinton, jaminan yang dibuat Obama dikeluarkan selepas pemimpin AS itu mengadakan lawatan ke Afghanistan tahun ini dan status keselamatan khas yang diberikan adalah amat terhad termasuk sekutu rapatnya Israel, Jepun dan bukan ahli Nato.

'via Blog this'

No comments: