Pages

Sunday, July 8, 2012

134 maut banjir landa selatan Russia

Berita Harian | 134 maut banjir landa selatan Russia:KRYMSK: Banjir kilat melanda Krasnodar, wilayah selatan Russia menyebabkan sekurang-kurangnya 134 maut dan dianggap bencana terburuk di wilayah berkenaan dalam dekad ini. 

Presiden Vladimir Putin melakukan tinjauan udara menerusi helikopter di kawasan yang mengalami kerosakan teruk serta mengadakan mesyuarat khas dengan pegawai tempatan. Beliau turut bersimpati dan mengakui terdapat unsur diskriminasi selepas penduduk mendakwa pihak berkuasa gagal memberi bantuan yang sepatutnya. 
Klip video televisyen menunjukkan gelombang air banjir menimpa jalan raya dan perumahan penduduk di Bandar Krymsk serta penemuan mayat penduduk. 

Penduduk mendakwa mereka terkejut apabila banjir melimpahi kawasan pekan dan jalan raya serta menenggelamkan bangunan. 

Di Krymsk, sebahagian besar penduduk terpaksa bergegas menyelamatkan diri selepas banjir kilat melanda kediaman mereka sehingga ada yang terperangkap. 

Pihak berkuasa setakat ini menganggarkan lebih 13,000 penduduk terjejas akibat banjir kilat berkenaan, khususnya di daerah Krymsk. - AFP
'via Blog this'

No comments: