Berita Harian | Annan akui misi keamanannya di Syria gagal:DAMSYIK: Ketua Misi Keamanan Antarabangsa, Kofi Annan mengakui misi yang dilasanakannya setakat ini gagal membawa keamanan di Syria, selepas lebih 60 orang terkorban akibat keganasan semalam serta kini merebak ke Lebanon.
Akhbar Perancis, Le Monde menyiarkan kenyataan Annan sebagai berkata, pihaknya sudah mengambil usaha dan tindakan yang sepatutnya untuk menangani krisis bagi membawa keamanan serta kestabilan politik di Syria.Bagimanapun, katanya, rancangan berkenaan masih tidak berjaya dan tiada jaminan setakat ini ia boleh membawa kejayaan di masa depan.
Antara inisiatif yang dilakukan Annan ialah melaksanakan pelan gencatan senjata untuk dipatuhi semua pihak tetapi ia kurang berkesan.
Aktivis Syria setakat ini menganggarkan lebih 16,500 orang terkorban sejak keganasan meletus di Syria, Mac tahun lalu.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ki-moon semalam meminta jumlah anggota pemerhati di Syria dikurangkan dan hanya memberi tumpuan terhadap tindakan politik bagi mengakhiri keganasan di negara berkenaan. - AFP
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment