Pages

Thursday, July 19, 2012

Jong-Un jadi panglima tertinggi

Seorang penduduk Korea Selatan melihat siaran televisyen yang melaporkan pelantikan Jong-Un sebagai panglima tertinggi tentera Korea Utara semalam.Seorang penduduk Korea Selatan melihat siaran televisyen yang melaporkan pelantikan Jong-Un sebagai panglima tertinggi tentera Korea Utara semalam.
Langkah perkukuhkan kuasa ke atas pertahanan Korea Utara

Seoul: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un semalam dianugerahkan panglima tertinggi tentera negara itu, jawatan yang pernah dipegang bapanya sebelum ini, kata Pyongyang semalam yang dilihat sebagai tanda pengganti muda dinasti komunis itu mengukuhkan kuasanya. Langkah itu menyusul rombakan dengan penyingkiran ketua tentera Ri Yong-Ho daripada pangkatnya berikutan ‘sakit’ manakala Hyon Yong-Cho yang kurang dikenali dinaikkan pangkat timbalan panglima, memberi laluan kepada beliau mengetuai tentera dengan kekuatan 1.2 juta anggota. 
“Satu keputusan dibuat untuk menganugerahkan pangkat Panglima Republik Demokratik Rakyat Korea Utara kepada Kim Jong-Un, komander tertinggi Tentera Rakyat Korea,” kata agensi rasmi Korean Central News Agency (KCNA) sebaik saja menyiarkan kenyataan mengenai satu laporan penting itu. 

Keputusan dibuat bersama pada Selasa oleh beberapa parti dan pegawai tertinggi, kata KCNA. Pangkat Panglima itu dipegang kedua-dua bapa Jong-Un, Kim Jong-II dan datuknya, Kim II-Sung, pengasas Korea Utara. 

II-Sung dinaikkan pangkat pada 1992, dua tahun sebelum kematiannya akibat serangan jantung, manakala Jong-II dinaikkan pangkat pada Februari selepas kematiannya pada Disember apabila Jong-Un berkuasa. - AFP

No comments: