Pages

Thursday, July 19, 2012

Menteri Pertahanan, Dalam Negeri Syria maut letupan bom

Menteri Pertahanan Syria maut dalam letupan bom
Gambar fail Ogos 2010, Presiden Syria Bashar Al-Assad (kanan) dan Menteri Pertahanan semasa, Jeneral Daoud Rajiha (kiri) yang terbunuh hari ini.
DAMSYIK - Menteri Pertahanan Syria, Jeneral Daoud Rajiha terbunuh dalam satu serangan bom di ibu pejabat Biro Keselamatan Kebangsaan di sini, hari ini.

Beberapa pegawai kanan dilaporkan parah.

Selain Daoud, turut maut ialah timbalannya Assef Shawkat yang juga adik ipar Presiden Syria, Hasan Turkmani, penasihat kepada Presiden dan pembantu naib presiden dan Menteri Dalam Negeri, Mohammed Ibrahim al-Shaar.
Menurut kenyataan media tempatan, insiden berlaku semasa Daoud bersama beberapa pegawai kanan yang lain sedang mengadakan satu mesyuarat penting dalam bangunan berkenaan.

“Daoud terbunuh dalam letupan bom yang menyasarkan ke arah bangunan keselamatan negara,” lapor media.

Beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan Syria hampir setahun dan disenarai hitam oleh Amerika Syarikat kerana berperanan dalam bantahan penindasan.

Letupan berlaku selepas empat hari Damsyik diserang secara berterusan melibatkan pertempuran di antara tentera kerajaan dan pemberontak yang sedaya upaya mahu menjatuhkan kuasa rejim Presiden Bashar Al-Assad.

Selain itu, serangan bom berkenaan dipercayai dilakukan susulan usaha ketua-ketua Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) cuba memujuk China dan Rusia untuk mempersetujui langkah-langkah yang lebih tegas ke atas Syria, mendahului Majlis Keselamatan, semalam.

Duta Liga Arab-PBB, Kofi Annan turut mengadakan perbincangan dengan Presiden Russia, Vladimir Putin di Moscos dan Setiausaha PBB, Ban Ki-moon bertemu dengan pemimpin China, Hu Jintai di Beijing.

No comments: