Pages

Friday, June 8, 2012

Tentang campur tangan asing di Asia Barat

BEIJING: Kumpulan serantau yang diketuai oleh Russia dan China semalam berkata, ia menentang campur tangan tentera di Asia Barat.
Dalam satu kenyataannya, Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) menggesa penyelesaian secara aman terhadap masalah Syria menerusi dialog politik.

Ia juga berkata, penggunaan kekerasan terhadap Iran, sekutu Beijing dan Moscow, tidak boleh diterima.

“Negara anggota SCO menentang campur tangan tentera dalam hal ehwal Asia Barat, memaksa penyerahan kuasa atau menggunakan sekatan sebelah pihak”, menurut perisytiharan yang dikeluarkan pada akhir sidang kemuncak kumpulan itu di Beijing.

Antara yang menghadiri sidang berkenaan ialah pemimpin Russia, China dan Iran.

Selain China dan Russia, negara lain yang menganggotai SCO ialah Kazakhstan, Tajikistan, Uzbekistan dan Kyrgyzstan sementara Iran ialah negara pemerhati.


Moscow dan Beijing menentang campur tangan antarabanagsa di Syria tetapi kini berdepan dengan tekanan supaya mengubah pendirian mereka selepas konflik di negara itu berlarutan selama 15 bulan dan menyebabkan lebih 13,500 penduduk terbunuh. - AP

No comments: