AMMAN: Seorang remaja Jordan berusia 17 tahun, menembak secara rambang hingga menyebabkan bapa, ibu, dua abang dan bapa saudaranya, mati, hanya kerana dia ‘berbeza pendapat’ dengan mereka.
Anggota polis yang tidak mahu namanya disiarkan berkata: “Suspek mengaku membunuh lima ahli keluarga, termasuk bapanya, seorang guru, ibu, dua abang yang belajar di universiti tempatan dan bapa saudaranya, kolonel bersara.”
Katanya, remaja itu yang masih bersekolah, mendakwa dia membunuh keluarganya kerana dia tidak bersependapat dengan mereka.
Dia ditahan kurang 24 jam selepas melakukan jenayah itu di Sweileh, utara Amman.
Dia ditahan kurang 24 jam selepas melakukan jenayah itu di Sweileh, utara Amman.
Menurut anggota polis itu, pihaknya menemui mayat yang dibalut dengan kain di lantai rumah keluarga itu. Hampir semua mangsa ditembak di kepala.
Katanya, siasatan sudah mula dijalankan tetapi tidak menjelaskan secara terperinci mengenai ‘perbezaan pendapat itu.- AFP
No comments:
Post a Comment