Pages

Friday, June 15, 2012

AS, Israel tak berani serang Iran

TEHERAN: Seorang pegawai kanan Iran mencemuh ancaman rejim Zionis untuk menyerang kemudahan nuklear negara itu.
Ali Akbar Velayati, Penasihat Hal Ehwal Antarabangsa pemimpin agung Iran, Ayatullah Sayid Ali Khamenei, berkata Tel Aviv tidak memiliki kekuatan atau keberanian untuk melakukan serangan itu. 
“Israel atau negara lain tidak akan melancarkan serangan terhadap Iran kerana negara ini adalah negara terkuat di rantau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diwawancara akhbar Lubnan, al-Jumhuriyah.

Katanya, jika ada pihak yang mahu meneruskan “kegilaan” itu, maka Iran akan memberikan pengajaran yang tidak boleh mereka lupakan.

Amerika Syarikat dan Israel berulang kali mengancam untuk menyerang Iran sebagai jalan memaksa Republik Islam itu menghentikan program nuklearnya. - Agensi

No comments: