Pages

Friday, June 15, 2012

20,000 mangsa keganasan kaum Myanmar perlu bantuan

SITTWE (Myanmar): Ribuan penduduk Islam Rohingya dan etnik Rakhine beragama Buddha yang melarikan diri daripada sengketa kaum dan agama, memerlukan makanan, air dan perlindungan.
Pihak berkuasa Myanmar berkata semalam, kira-kira 28 orang terbunuh dalam keganasan itu. 
Jumlah itu tidak termasuk 10 penduduk Rohingya yang mati selepas diserang oleh seorang lelaki Buddha.

Keganasan bagaimanapun semakin reda semalam selepas beberapa hari kejadian kebakaran dan pembunuhan yang memberi cabaran terbesar kepada Presiden Thein Sein sejak beliau berkuasa tahun lalu.

“Ketegangan antara dua kumpulan itu sudah reda. Terdapat 20,000 pelarian di Sittwe.

“Kebanyakan mereka adalah penduduk kampung yang lari untuk menyelamatkan diri. Mereka amat memerlukan bantuan, termasuk makanan,” kata senator negeri Rakhine, Aung Myat Kyaw. - AFP

No comments: