Pages

Monday, May 14, 2012

Saif didakwa beri arahan bunuh penentang

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


TRIPOLI 13 Mei - Anak bekas pemimpin Libya, Saif al-Islam didakwa memberi arahan untuk membunuh penentang rejim bapanya, Muammar Gaddafi, dedah beberapa rakaman perbualan telefon yang dipintas.
Lebih 12,000 pita rakaman perbualan antara orang yang dekat dengan bekas pemimpin Libya itu antara Februari dan Jun tahun lepas dipintas, ketika pentadbiran rejim itu semakin goyah.
Satu daripada rakaman perbualan Saif yang bakal disiarkan oleh agensi berita, Al Jazeera, boleh didengar yang memaklumkan seorang pegawai kanan beliau akan menghantar orang untuk menghapuskan pemberontak di bandar pelabuhan Tobruk di timur negara ini.
Pegawai kanan tersebut, Tayeb El Safi memberi amaran kepada Saif, 39, mengenai 'pengkhianat' di pangkalan udara Abdel Nasser, Tobruk yang jatuh ke tangan pemberotnak pada pertengahan Februari tahun lepas.
Saif yang mendapat pendidikan di Sekolah Pengajian Ekonomi, London memberitahu Tayed: ''Jika kamu mempunyai orang di sana, hantar mereka ke pangkalan udara itu dan bunuh mereka.''
Rakaman tersebut penting ketika Libya dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berdebat untuk membicarakan Saif dan bekas ketua perisikan rejim tersebut atas dakwaan melakukan jenayah perang.
Peguam di Hague mempercayai sistem perundangan negara di Afrika Utara itu masih tidak stabil untuk mengadakan perbicaraan dengan adil.
Jika didapati bersalah, kedua- dua pemimpin rejim Gaddafi itu berdepan hukuman mati.
Ketua Pendakwa ICC, Luis Moreno Ocampo menyifatkan pita rakaman itu sebagai menarik.
Beliau berkata, ia menjadi bukti bahawa Saif memainkan peranan utama dalam tindakan kekerasan terhadap pemberontak. - Agensi

'via Blog this'

No comments: