JAKARTA 13 Mei - Pasukan khas Indonesia dan pendaki profesional, hari ini terpaksa meredah gaung di sebuah gunung berapi bagi mencari kotak perakam penerbangan pesawat komersil Sukhoi Superjet 100 yang terhempas.
Kesemua 45 penumpang pesawat itu dipercayai terbunuh dalam nahas itu pada Rabu lalu dan helikopter kini membawa keluar cebisan mayat mangsa ke Jakarta untuk proses mengenal pasti identiti mangsa sejak semalam.
Punca pesawat itu terhempas ketika berada separuh penerbangan melalui pergunungan Bogor itu selama 50 minit pada Rabu lalu, masih tidak dapat dipastikan.
Justeru, usaha mencari kotak perakam penerbangan itu yang juga dikenali sebagai 'kotak hitam' adalah penting.
Pegawai penerbangan awam, Herrt Bakti Gumay berkata, berpuluh-puluh penyiasat Indonesia dan Rusia, hari ini memulakan pencarian di sebuah gaung di Gunung Salak berdekatan pesawat itu ditemui.
Stesen televisyen TVOne melaporkan pasukan penyelamat menemui satu peralatan yang mungkin kotak hitam di atas sebatang pokok di dalam gaung sedalam 500 meter itu dan kini cuba mendapatkannya.
''Berlaku kejadian tanah runtuh selepas pesawat itu terhempas di gunung berkenaan dengan enjin, peralatan pendaratan pesawat dan saki-baki bahagian pesawat ditemui di bawah runtuhan tanah itu,'' kata TVOne.
Jurucakap Kementerian Pengangkuta, sebanyak 41 penyiasat Rusia dan beberapa ratus pegawai Indonesia kini berada di tempat kejadian.
Beliau berkata, penyiasat Indonesia telah menyoal kakitangan menara kawalan mengenai hubungan terakhir dengan pesawat itu dan pembacaan radar sebelum kejadian itu berlaku.
Sukhoi Superjet 100 itu merupakan model pertama pesawat penumpang buatan Rusia sejak keruntuhan Kesatuan Soviet dua dekad lalu. - AGENSI
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment