BEIRUT 13 Mei - Seramai 23 terbunuh termasuk tujuh kanak-kanak, dalam pertempuran antara rejim Syria dengan pemberontak dan serbuan tentera ke atas kubu-kubu pemberontak, hari ini, ketika gencatan senjata yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memasuki bulan kedua.
Pertempuran dan serbuan terbaru itu berlaku ketika misi PBB ke Syria menyatakan, mereka kini mempunyai 176 tentera pemantau di negara itu, lebih separuh daripada 300 anggota yang dirancang dihantar ke negara ini sebelum ini.
Pasukan tentera pemantau itu ditugaskan untuk memastikan gencatan senjata yang diusulkan oleh wakil damai Liga Arab-PBB, Kofi Annan, yang sepatutnya dikuatkuasakan pada 12 April lalu dipatuhi.
Seorang penduduk awam ditembak mati oleh tentera di tempat pemeriksaan di Dmeir hari ini, manakala seorang lagi terbunuh akibat terkena tembakan di pinggir bandar Douma, menurut pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia.
Di tengah wilayah Hama pula, lima orang ditembak mati, termasuk seorang wanita, ketika tentera menyerbu perkampungan al-Tamanaa al-Ghab, lapor pertubuhan pemantau itu sambil menyatakan bahawa 18 orang turut cedera dan beberapa rumah dibakar.
Seorang komander pemberontak, Abu Adi, turut terbunuh dalam satu pertempuran sepanjang malam tadi dengan tentera di Douma.
Pertempuran turut berlaku di beberapa bahagian di wilayah Damsyik, lapor pertubuhan pemantau yang beribu pejabat di London itu.
Menurut Jawatankuasa Penyelaras Tempatan (LCC), tentera Syria membedil Douma awal pagi ini dan bunyi tembakan berat turut kedengaran di pinggir bandar itu.
Semalam, 22 orang terbunuh termasuk 11 orang awam, dua pemberontak dan sembilan anggota tentera. - AFP
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment