Pages

Tuesday, May 8, 2012

Pengebom Bali menyesali tindakan menyerang

Pengebom Bali menyesali tindakan menyerang - Global - Sinar Harian:


Pengebom Bali menyesali tindakan menyerang
Umar memberi keterangan dalam perbicaraan di mahkamah semalam.
JAKARTA - Suspek utama serangan bom di Bali, Indonesia pada 2002 lalu, Umar Patek menyuarakan kekesalan terhadap serangan yang meragut 202 nyawa dan mengaku tidak tahu siapa sasaran serangan itu.
Umar Patek, 45, dituduh mendalangi serangan di dua buah kelab malam dalam kepulauan peranginan itu yang turut meragut 88 nyawa rakyat Australia dan dua serangan lain iaitu di sebuah gereja di Jakarta pada sambutan Krismas, 2000 lalu.
Umar yang ditahan di Pakistan sebulan sebelum pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden dibunuh, mengakui telah mencampurkan bahan letupan untuk serangan berkenaan tetapi mendakwa peranannya lebih kecil berbeza dengan tuduhan pihak pendakwa.
“Saya amat sedih dan kesal terhadap serangan di Bali kerana saya menentang ia dari permulaan lagi, Saya betul-betul tidak tahu mengenai sasaran pengeboman itu,” kata Umar ketika perbicaraan berlangsung di Mahkamah Daerah Jakarta Barat, semalam.
Umar memberitahu, pelan serangan terhadap kelab malam pada 12 Oktober 2002 lalu, berlaku di kediaman salah seorang pengkomplot, Dulmatin, yang dibunuh anggota polis.
Umar turut berhadapan pertuduhan menjadi pakar pembuat bom Jemaah Islamiyah (JI), iaitu keganasan di Asia Tenggara yang mana berkait rapat dengan Al-Qaeda selain menjadi suspek pengganas paling dikehendaki di Indonesia.

No comments: