Pages

Thursday, May 10, 2012

Pemeriksa IAEA terbunuh di Iran

myMetro | Pemeriksa IAEA terbunuh di Iran:

VIENNA: Seorang pemeriksa Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) terbunuh dalam kemalangan kereta di Iran, semalam.
Agensi berkenaan yang berpusat di Vienna berkata, ia dimaklumkan bahawa dua pemeriksanya terbabit dalam kemalangan kereta itu.

Seorang daripadanya, warga Korea Selatan, terbunuh sementara seorang lagi, rakyat Slovenia, cedera.
Kemalangan berlaku ketika kedua-duanya dalam perjalanan ke loji air berat di Arak, satu daripada kawasan program nuklear Iran. - AP

No comments: