Pages

Thursday, May 10, 2012

250 buah rumah setinggan dirobohkan

Kosmo! Online - Dunia:



KAWASAN setinggan di tebing Sungai Bagmati, Kathmandu diratakan semalam.


KATHMANDU, Nepal - Penduduk sebuah kawasan setinggan di sini terpaksa berputih mata melihat kediaman yang mereka diami selama 20 tahun dirobohkan bagi membina sebuah taman awam.
Kira-kira 1,500 orang dipaksa keluar dari rumah masing-masing oleh pasukan polis pencegah rusuhan kelmarin.
Arahan itu dibuat oleh kerajaan Nepal yang mahu kawasan setinggan di sepanjang Sungai Bagmati dibersihkan.
"Saya menangis apabila melihat beberapa buah jentolak merobohkan rumah kami. Apabila anak perempuan saya pulang dari sekolah, dia tanya di mana kami akan tinggal. Kami tiada tempat untuk dituju," kata Manju Adhikari, 34, ibu kepada dua orang anak perempuan.
Penduduk yang berang melontar batu ke arah pasukan polis yang memegang perisai dan cota. Kebanyakan daripada mereka melarikan diri dengan membawa baju, selimut dan perabot.
Pihak berkuasa dirayu menyediakan tempat tinggal alternatif untuk golongan yang disifatkan sebagai tidak berumah itu, selain memberi pampasan sebanyak AS$176 (RM541) kepada setiap keluarga.
"Kami telah mengusir 1,542 penduduk setinggan dari kawasan Thapathali. Mereka melakukan protes dan membaling batu ke arah kami. Seramai 31 orang telah ditangkap," kata jurucakap polis Kathmandu, Dhiraj Pratap Singh. - AFP

No comments: