Mahmoud Ahmadinejad |
TEHRAN: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad menegaskan bahawa Islam melarang penggunaan senjata atom atau menghasilkan sebarang bentuk senjata pemusnah besar (WMD) yang lain, katanya menjelang rundingan nuklear negara itu dengan kuasa dunia di Baghdad mulai semalam.“Berdasarkan ajaran Islam dan fatwa yang jelas oleh pemimpin agama, penghasilan dan penggunaan WMD adalah haram dan tidak mempunyai tempat dalam doktrin pertahanan Republik Islam Iran,” katanya.
Berdasarkan ajaran Islam dan fatwa yang jelas, penggunaan WMD adalah haram dan tidak mempunyai tempat dalam doktrin pertahanan Iran. - Mahmoud Ahmadinejad, Presiden Iran
Mesej Ahmadinejad itu dibacakan pada satu persidangan di bandaraya barat, Borujerd untuk memperingati mangsa senjata kimia Iran ketika perang 1980-1988 menentang Iraq, lapor agensi berita rasmi IRNA.Bagaimanapun, Amerika Syarikat awal-awal lagi menegaskan bahawa ia akan terus mengenakan tekanan terhadap Iran sehingga ada program yang benar-benar menyekat program nuklear Iran meskipun menyambut baik kemungkinan persetujuan agensi nuklear antarabangsa dengan Tehran mengenai mekanisme pemeriksaan program nuklear negara Teluk itu.
“Membuat janji hanya sebahagian daripadanya, tindakan memikul tanggungjawab adalah sebahagian lagi,” kata jurucakap Rumah Putih, Jay Carney.
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengumumkan ia semakin hampir bersetuju dengan Iran mengenai prosedur pemeriksaan dan pemantauan di lokasi disyaki tempat membuat senjata atom di Iran.
Kuasa dunia mengadakan perbincangan di ibu negara Iraq Iran untuk cuba memujuk Tehran menangguhkan kerja program nuklearnya.
Ahmadinejad turut merujuk kepada fatwa menentang kuasa nuklear yang dibuat pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei, merujuk kepada satu keputusan yang dibuat pada 2004 atau 2005.
Walaupun tiada fatwa yang dikeluarkan, cendekiawan Iran menegaskan, perisytiharan oleh pemimpin berkenaan boleh diterima sebagai satu fatwa.
Khamenei bercakap mengenai senjata nuklear pada beberapa majlis, yang terbaru pada 22 Februari apabila beliau menyifatkan memiliki bom atom adalah satu dosa besar.
“Negara Iran tidak pernah cuba membuat senjata atom dan tidak akan membinanya tetapi pembangunan tenaga nuklear adalah sejajar dengan kepentingan Iran, katanya.
Amerika pernah melihat pendirian Khamenei sebagai satu kemungkinan asas untuk menyelesaikan pertikaian dengan Iran. – AFP/Reuters
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment