Berita Harian Online | 13 pengintip Israel kena hukum:
TEHRAN: Mahkamah Iran menghukum 13 rakyat negara itu selepas didapati bersalah terbabit dalam aktiviti pengintipan untuk agensi perisikan Israel, Mossad, lapor stesen satelit Press TV kelmarin.
Laporan menyatakan, Mahkamah Revolusi Tehran membuat keputusan itu kelmarin, menyatakan mereka yang disabitkan bersalah itu diumpan menjadi pengintip untuk Mossad menerusi rangkaian televisyen satelit, beribu pejabat di luar negara dan kempen iklan.
Bentuk hukuman bagaimanapun tidak dinyatakan.“Mereka mempunyai masa 20 hari untuk membuat rayuan,” lapor agensi berita MEHR, sambil menambah maklumat keputusan akan diumumkan selepas pengesahan oleh mahkamah rayuan.
Kementerian berkata, tahanan ialah rakyat tempatan dan warga asing. Pada 17 April lalu, Kementerian Perisikan Iran mengumumkan penangkapan 15 pengintip dan pengganas yang dikaitkan dengan Israel.
Kementerian dalam satu kenyataan berkata, operasi yang dilancarkan pasukan perisik Iran, 15 orang, rakyat tempatan dan warga asing yang dikaitkan dengan unit pengintipan Israel, ditahan.
Iran menuduh Israel melakukan tugas perisikan di republik itu malah terbabit dalam pembunuhan saintis nuklear Iran. Pada ketika itu, kementerian berkata salah satu misi pengganas ialah mengenal pasti dan membunuh salah seorang pakar negara itu.
Kumpulan berkenaan merancang melancarkan tindakan ganas pada 10 Februari, sehari sebelum sambutan ulang tahun Revolusi Islam 1979.
Kementerian Perisikan Iran baru-baru ini mengumumkan berjaya mendedahkan pangkalan pengintipan Israel di negara jiran, yang dikendalikan Mossad untuk melancarkan operasi terhadap kepentingan Iran. – Agensi
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment