Pages

Saturday, April 28, 2012

PM Pakistan enggan letak jawatan


Yousuf Raza Gilani
Yousuf Raza Gilani 
Berita Harian Online | PM Pakistan enggan letak jawatan:ISLAMABAD: Perdana Menteri Pakistan, Yousuf Raza Gilani enggan meletak jawatan selepas didapati bersalah menghina mahkamah Pakistan, sebaliknya menegaskan hanya parlimen negara itu berhak memecat beliau.

“Tiada undang-undang boleh memecat seorang perdana menteri yang dipilih rakyat. Parlimen adalah kuasa tertinggi negara dan hanya parlimen berkuasa memecat saya,” katanya di dewan rendah, sehari selepas Mahkamah Agung membacakan keputusan terhadap kes beliau.
Gilani kini terpaksa berdepan dengan pembangkang yang menggesa beliau meletak jawatan selepas pihak berkuasa mendapati beliau bersalah berikutan enggan menulis kepada pihak berkuasa Switzerland bagi meminta negara itu membuka semula siasatan rasuah bernilai berjuta-juta dolar ke atas Presiden Asif Ali Zardari.
“Saya adalah presiden yang dipilih, mewakili 180 juta rakyat. Bagaimana seseorang boleh mengarahkan seorang perdana menteri yang dipilih untuk meletak jawatan? Hanya speaker dewan mempunyai kuasa untuk membuat keputusan. Saya bersedia untuk mengundur diri jika parlimen memecat saya,” katanya. 

Peguam Gilani berkata beliau akan merayu keputusan bersalah itu, tetapi Gilani bertegas beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan. 

“Saya tidak melakukan jenayah. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan, saya hanya melindungi perlembagaan negara ini,” katanya. 

Zardari dan isterinya bekas perdana menteri Pakistan Benazir Bhutto didakwa menggunakan akaun bank di Switzerland untuk membersihkan wang haram sebanyak AS$12 juta (RM36,6 juta) hasil bayaran rasuah daripada syarikat yang mahu mendapatkan kontrak. 
Glani bertegas bahawa Zardari mempunyai imuniti penuh sebagai ketua negara, bagaimanapun pada 2009, Mahkamah Agung membatalkan pengampunan politik yang menyekat siasatan ke atas presiden dan ahli politik lain. – AFP

No comments: