Pages

Friday, April 27, 2012

PM Pakistan dihukum berada dalam kamar mahkamah

Kosmo! Online - Dunia:



YOUSUF melambaikan tangan selepas beliau tiba di Mahkamah Agung di Islamabad semalam.


ISLAMABAD - Perdana Menteri Pakistan, Yousuf Raza Gilani didapati bersalah kerana menghina mahkamah semalam tetapi beliau terlepas daripada dikenakan hukuman penjara, lapor sebuah stesen televisyen rasmi Pakistan.
Yousuf didakwa kerana enggan mematuhi perintah sebuah mahkamah tempatan untuk menulis surat kepada pihak berkuasa di Switzerland bagi meminta kes rasuah terhadap Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari dibuka semula.
Tujuh panel hakim Mahkamah Agung memutuskan beliau bersalah menghina mahkamah.
Para hakim itu mengarahkan supaya Yousuf ditahan dalam kamar mahkamah sehingga hakim beredar sebagai hukuman terhadapnya.
Stesen televisyen Pakistan Television melaporkan, Yousuf ditahan di mahkamah berkenaan di sini sehingga perbicaraan selesai sebagai hukuman bagi kesalahan tersebut.
Beliau dilihat keluar dari mahkamah berkenaan tidak lama kemudian sambil tersenyum kepada sejumlah penyokongnya.
Yousuf berdepan hukuman penjara enam bulan dalam kes berkenaan yang berisiko mencetuskan ketidakstabilan politik di Pakistan.
Sementara itu, peguam Yousuf, Aitzaz Ahsan berkata, anak guamnya akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan mahkamah tersebut. - Agensi

No comments: