Pages

Friday, April 27, 2012

Pelacur Brazil mahu saman kedutaan AS

Berita Harian Online | Pelacur Brazil mahu saman kedutaan AS:




2012/04/27

Romilda
Romilda
Pekerja seks cedera ditolak kakitangan

BRASILIA: Seorang bekas pelacur bercadang menyaman kedutaan Amerika Syarikat dan lima kakitangannya di Brazil kerana kecederaan yang dialami di luar kelab tarian bogel lewat tahun lalu, menambahkan lagi kejadian memalukan Amerika kerana membabitkan warga negara itu dengan pekerja seks di Amerika Selatan.
Romilda Aparecida Ferreira, 31, dan peguamnya berkata mereka bercadang memfailkan saman atas kecederaan yang dialami, termasuk bayaran perubatan, kehilangan pendapatan dan trauma psikologi selepas dilanggar van kedutaan.
Ia juga disebabkan pegawai kedutaan membiarkannya terbaring di tempat letak kenderaan kelab itu meskipun dia mengalami patah tulang selangka, paru-paru bocor dan beberapa kecederaan lain.

Kejadian berlaku pada 29 Disember lalu apabila pemandu kedutaan dihantar ke kelab berkenaan untuk mengambil tiga anggota marin dan seorang staf awam.
Ferreira berkata, dia bersama-sama rakannya bertemu dengan empat kakitangan Amerika itu dalam sebuah kelab tarian bogel.

“Seperti malam sebelumnya, kami duduk minum bersama dan berbual. Kemudian kami bersetuju mengenai harga dan rumah siapa yang kami akan kunjungi,” katanya.
Masalah timbul apabila mereka mahu meninggalkan kelab. Ferreira berkata dia dipaksa keluar dari van apabila cuma menyertai rakan-rakannya yang sudah pun memasuki kenderaan itu. 
Katanya, dia panik apabila seorang lelaki menolaknya menyebabkannya jatuh, kepalanya terhantuk dan tidak sedarkan diri.

Selepas dia jatuh, peguamnya berkata, lelaki berkenaan mengarahkan pemandu untuk meneruskan perjalanan. Kenderaan itu mengundur dan melanggar Ferreira.

Dakwaan sivil itu merumitkan lagi kes selepas pendakwa Brazil turut menimbang mengemukakan dakwaan jenayah, termasuk menyerang dan gagal memberikan bantuan kepada orang yang cedera.

Ia juga mengancam mencemarkan lagi imej kakitangan Amerika di luar negara berikutan skandal ejen Perkhidmatan Rahsia dan pelacur di Cartagena, Colombia, awal bulan ini.

Kejadian di Brasilla tidak diberi perhatian tetapi mula diberi tumpuan minggu ini apabila seorang wartawan tempatan bertanya kepada Setiausaha Pertahanan Amerika, Leon Panetta, yang melawat negara itu, mengenai apa yang berlaku.

Panetta berkata, Amerika sudah menghukum anggota marin terbabit dan mengarahkan mereka keluar dari Brazil. – Reuters

No comments: