Utusan Malaysia Online - Luar Negara: "NEW YORK 22 April - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam meluluskan resolusi untuk menghantar kira-kira 300 tentera pemerhati tanpa senjata ke Syria selama tiga bulan.
Pasukan pemantau yang dikenali sebagai UNSMIS itu akan ditugaskan untuk memantau perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui oleh Damsyik dan kumpulan pemberontak sejak konflik tercetus kira-kira 13 bulan lalu.
Resolusi yang diusulkan oleh Rusia dan Eropah itu tertakluk kepada penilaian Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-mon terhadap perkembangan di negara itu, termasuk keganasan yang perlu dihentikan.
Resolusi tersebut juga menyatakan 'kegagalan' pihak kerajaan Syria dan kumpulan penentang untuk menghentikan keganasan. - AFP"
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment