WANITA 'punk' lengkap berpakaian serba putih menjalani hukuman sebat di Langsa. |
Pesalah antara 10 disebat kerana berjudi, peri laku tidak bermoral
LANGSA: Sepasang pengikut punk disebat sembilan kali di khalayak ramai di Aceh, satu-satunya wilayah Indonesia yang melaksanakan undang-undang Islam selepas ditangkap atas kesalahan melakukan hubungan seks luar nikah.
Pegawai pejabat pendakwa, Putra Masduri, berkata selain pasangan itu, sembilan lagi yang disabitkan bersalah kerana berjudi dan peri laku tidak bermoral, disebat empat hingga 12 kali.
Mereka pengikut punk. Mereka ditangkap oleh penduduk ketika melakukan hubungan seks luar nikah dan ditahan polis Syariah. - Putra Masduri, Pegawai pejabat pendakwa
Masduri berkata, pasangan ‘punk’ berkenaan ditemui dalam keadaan bogel oleh penduduk tempatan.“Mereka pengikut punk. Mereka ditangkap oleh penduduk ketika melakukan hubungan seks luar nikah dan ditahan polis Syariah,” katanya merujuk kepada pasangan berkenaan yang berusia 21 dan 23 tahun.
Masduri berkata, pasangan itu kerap dilihat berlegar-legar di jalan raya dengan berpakaian punk. Ketika hukuman dijalankan, kedua-duanya berpakaian serba putih.
Meskipun ditahan atas dakwaan melakukan hubungan seks luar nikah, hukuman ke atas mereka dilaksanakan ketika pihak berkuasa melancarkan usaha membanteras budaya punk di wilayah autonomi itu.
Antara langkah diambil ialah serbuan polis terhadap kafe dan taman untuk menahan remaja pengikut budaya ‘punk’ yang digelar sebagai penyakit sosial.
Disember lalu, lebih 60 pemuda yang mengikut budaya punk ditahan di sebuah konsert dan dipaksa mengikuti kem pemulihan moral selama 10 hari yang dikendalikan polis.
Rambut mereka dipotong atau dicukur, dan dipaksa mandi dalam tasik, memakai pakaian konservatif dan bersolat, yang mengundang kritikan daripada kumpulan hak asasi manusia dan pengikut budaya itu di seluruh dunia.
Aceh, yang terletak di Sumatera, menjadi satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang Syariah pada tahun 2001 sebagai sebahagian pakej autonomi bertujuan mengawal sentimen pemisah.
Cuma penduduk Islam didakwa mengikut undang-undang Syariah walaupun komuniti bukan Islam dijangka mematuhi beberapa peraturan atas dasar hormat.
Hampir 90 peratus daripada 240 juta rakyat Indonesia beragama Islam dan majoritinya berpendirian sederhana. – Agensi
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment