Pages

Sunday, April 22, 2012

Koma ditampar kekasih ibu

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


Mohd. Danish Aiman yang koma dirawat di ICU Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, semalam.
KUALA TERENGGANU 21 April - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun koma dipercayai akibat ditampar oleh teman lelaki ibunya di Kampung Tualang, Manir malam tadi.
Mohd. Danish Aiman Abdullah yang masih belum sedar akibat mengalami pendarahan dalaman di kepala, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, difahamkan Mohd. Danish berada bersama ibunya yang merupakan seorang bekas tentera laut di dalam sebuah bilik di rumah seorang penganggur yang juga teman lelaki ibu mangsa.
Kejadian dipercayai berlaku apabila suspek berang dengan kerenah mangsa yang tidak duduk diam sebelum bertindak menampar mangsa sehingga pengsan.
Ahli keluarga suspek yang enggan dikenali memberitahu, kejadian hanya disedari ahli keluarga mangsa apabila ibu kanak-kanak malang itu meminta tolong daripada salah seorang adik perempuan suspek untuk menghantar Mohd. Danish ke hospital.
“Ketika itu, mangsa dalam keadaan sangat lemah dan sebaik sahaja dihantar ke hospital, dia sudah tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Kata ahli keluarga itu lagi, selepas kejadian itu, suspek keluar dari rumahnya dan sehingga kini menghilangkan diri setelah ibu mangsa membuat laporan polis.
Tambahnya, ibu mangsa berusia 22 tahun dalam proses penceraian dengan suaminya telah menetap di rumah suspek yang berusia 31 tahun kira-kira tiga bulan lalu.
“Dia memang menumpang di sini sejak beberapa bulan lalu kerana berselisih faham dengan suaminya dan kini dalam proses untuk bercerai,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan ketika dihubungi memberitahu, kes ini disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Setakat ini suspek yang dipercayai bersembunyi belum ditangkap dan polis sedang memburunya,” katanya.

'via Blog this'

No comments: