Berita Harian Online | Ratusan ditahan selepas kemenangan Putin: MOSCOW: Polis Russia menahan lebih 500 orang yang membantah kemenangan besar Vladimir Putin dalam pilihan raya presiden yang disifatkan mereka sebagai tidak sah dan pemerhati antarabangsa sebagai tidak adil.
Kuasa Barat pula memberi reaksi hambar kepada prospek Putin kembali ke Kremlin untuk penggal enam tahun daripada jawatan perdana menteri sekarang dan menggesa siasatan terhadap laporan berlakunya penipuan.Polis menahan 250 orang di Moscow dan 300 di Saint Petersburg selepas menyuraikan perhimpunan yang mendakwa keputusan pilihan raya itu sudah diatur.Kira-kira 20,000 penunjuk perasaan anti-Putin berkumpul di Dataran Pushkin di tengah Moscow melaungkan “Russia Yes! Putin No!”.
Kebanyakan perhimpunan itu berakhir dengan aman tetapi polis bertindak menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang enggan meninggalkan dataran itu.
Bantahan itu timbul selepas keputusan rasmi menunjukkan Putin menang hampir 64 peratus daripada undian untuk mengambil semula jawatan presiden yang dipegang beliau selama dua penggal dari 2000 hingga 2008 sebelum berkhidmat sebagai perdana menteri sejak empat tahun lalu.
Pencabar beliau juga dari Parti Komunis, Gennady Zyuganov, enggan mengiktiraf keputusan itu selepas hanya memenangi 17 peratus undi manakala jutawan Mikhail Prokhorov membuat kejutan apabila meraih tempat ketiga. - AFP
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment