Pages

Thursday, February 23, 2012

Strauss-Kahn beri keterangan kes sindiket pelacuran

Dominique Strauss-Kahn
PARIS - Bekas ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn disoal polis Perancis, semalam, dalam siasatan berhubung sindiket pelacuran di hotel.
Polis negara itu sedang menyiasat satu sindiket pelacuran di Perancis dan Belgium yang dikaitkan dengan anggota polis dan pegawai kerajaan lain.
Menurut laporan, polis telah menyoal siasat beberapa pelacur yang mengakui pernah mengadakan hubungan seks dengan Strauss-Kahn sepanjang 2010 dan tahun lalu di beberapa lokasi, termasuk hotel mewah dan restoran di Paris, serta di Washington.
Strauss-Kahn menetap di ibu negara Amerika Syarikat itu semasa mengetuai IMF sebelum meletak jawatan, Mei lalu, selepas dituduh cuba merogol seorang pembantu hotel di New York.
Dalam siasatan terbaru ini, dua lelaki yang mempunyai kaitan dengan Strauss-Kahn turut disiasat dan didakwa menguruskan sindiket pelacuran dan salah guna wang.
Strauss-Kahn beri keterangan kes sindiket pelacuran - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

No comments: