KUALA LUMPUR: Kolumnis akhbar Arab Saudi, Hamza Kashgari Mohamad Najeeb yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, memfailkan writ habeas corpus supaya mahkamah memutuskan sama ada penahanan, penangkapan dan penghantaran pulangnya ke Arab Saudi adalah sah atau tidak.
Hamza Kashgari, 23, melalui peguamnya, Muhammad Afiq Mohamad Noor dan Murnie Hidayah Anuar, memfailkan writ habeas corpus itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Penulis itu menamakan empat responden iaitu Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.Dalam permohonannya, Ham-za Kashgari memohon perintah habeas corpus dikeluarkan supaya dia dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan dan dibebaskan dengan serta-merta daripada tahanan responden.
Dia juga memohon perintah supaya tidak ditangkap atau ditahan semula selepas dibebaskan serta relif lain yang difikirkan patut diberikan mahkamah.
Rakan Hamza Kashgari, Asma’ Abdul Razak, 31, dalam afidavit sokongan difailkan bersama permohonan itu, berkata pada 4 Februari lalu, rakannya menghantar pesanan melalui Twitter sempena Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW, bagaimanapun pada keesokannya dia memadam puisi itu dalam laman sosialnya.
Asma’ berkata, pada 8 Februari, pihak berkuasa Arab Saudi mengeluarkan waran tangkap terhadap rakannya atas tuduhan murtad kerana menghina Nabi Muhammad SAW dan turut diisytiharkan murtad oleh Majlis Ulama Besar negara itu, dan jika didapati bersalah, akan dijatuhkan hukuman bunuh.
Hamza Kashgari tiba di negara ini pada 7 Februari, dan dijadualkan menaiki penerbangan ke New Zealand, tetapi ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9 Februari lalu.
Muhammad Afiq berkata, pihaknya mengetahui permohonan habeas corpus itu adalah akademik kerana anak guamnya sudah dibebaskan dan dihantar pulang ke negara asal, kelmarin, namun pihaknya memerlukan penjelasan dan arahan daripada mahkamah berhubung penahanan itu.
Di RIYADH, Hamza Kashghari ditahan sebaik tiba di Riyadh, malam kelmarin selepas dihantar pulang pihak berkuasa Malaysia.
Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah mengeluarkan arahan supaya Kashghari dibawa ke muka pengadilan. Berita Harian Online | Kolumnis didakwa hina Islam fail writ habeas corpus:
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment