Pages

Sunday, February 26, 2012

Khinzir liar semakin banyak berkeliaran di Islamabad

Berita Harian Online | Khinzir liar semakin banyak berkeliaran di Islamabad: ISLAMABAD: Pihak berkuasa ibu negara Pakistan melancarkan usaha baru membanteras ancaman babi hutan di kota utama itu, selepas seorang polis cedera dan istana presiden diceroboh, lebih-lebih lagi ketika haiwan itu semakin banyak dilihat di Islamabad.

Setiap malam, segerombolan haiwan berbulu itu muncul dari tebing sungai Islamabad, taman dan semak samun mengerumuni tong sampah di kawasan penduduk kaya dan restoran.
Pihak berkuasa bandar meletakkan racun dan mengumumkan permit memburu percuma untuk menghapuskan babi liar itu.
Tetapi, bagi memastikan penduduk tidak kena tembakan, mereka hanya benarkan senapang patah. Tidak ramai yang mencuba kerana gusar dianggap pengganas.

Berat haiwan itu antara 80 hingga 100 kilogram dan bergigi tajam. Ia biasanya lari sebaik melihat manusia tetapi akan menyerang jika cuba ditangkap hingga menjadi penyebab kemalangan jalan raya dalam bandar.

Kes terbaru pertembungan antara manusia dan haiwan itu di balai polis di pusat bandar minggu lalu.

“Saya dengar jeritan amaran supaya melihat belakang tetapi sebelum sempat menoleh, babi itu sudah rempuh saya,” kata Sajjad Hussain.
Haiwan itu melanggar dinding kediaman dipenuhi wayar tajam selepas Hussain yang menjadi pengawal membuka pintu pagar bagi membolehkan kereta masuk.

Hussain luka di perut yang memerlukan lapan jahitan dan terpaksa bercuti sakit. Babi itu pula terperangkap dalam kawasan pembinaan perumahan polis berdinding tinggi.

Babi liar itu turut menceroboh kawasan mewah yang dikawal ketat, termasuk kediaman presiden dan perdana menteri.

Satu pasukan dihantar untuk meletakkan racun pada makanan atau jagung, kata Ketua Alam Sekitar, Malik Aulya Khan.

“Kami melakukan operasi khas dan sudah bunuh banyak haiwan itu dengan racun. Entah bagaimana, ia boleh masuk menerusi bawah pagar,” katanya.

Babi liar ditemui di seluruh Pakistan dan menjadi haiwan perosak utama pertanian yang menyebabkan kerugian jutaan dolar hasil gandum dan tebu.

Di wilayah Punjab pada 1980-an, kerajaan melaksanakan sistem ganjaran iaitu penduduk kampung dibayar bagi setiap khinzir yang diserahkan, tetapi ia tidak diteruskan kerana kekurangan dana. – AP.

'via Blog this'

No comments: