2012/02/09
PENYOKONG Hizbullah Lubnan berarak ketika menyambut kelahiran Nabi Muhammad SAW di Beirut, kelmarin.
BEIRUT: Pemimpin Hizbullah Lubnan, Sayyed Hassan Nasrallah semalam buat kali pertamanya mengakui bahawa pergerakan beliau menerima bantuan kewangan dan material dari Iran tetapi menafikan mereka mendapat arahan dari Republik Islam berkenaan.
Nasrallah berkata, Hizbullah sebelum ini hanya mengesahkan menyokong politik dan moral Iran kerana mereka tidak mahu memalukan ‘saudara di Iran’ tetapi mengubah dasar kerana kepemimpinan Iran mengumumkan sokongan mereka secara terbuka.“Ya, kami menerima sokongan moral dan politik serta material dalam semua bentuk dari Republik Iran sejak 1983,” kata Nasrallah kepada penyokongnya melalui pautan video dalam ucapan sempena kelahiran Nabi Muhammad.“Sebelum ini kami hanya menceritakan sebahagian daripada cerita dan mendiamkan setengah yang lain. Apabila mereka bertanyakan kami mengenai bantuan tentera, kewangan dan material, kami berdiam.”
Nasrallah berkata, Iran tidak mengeluarkan arahan kepada Hizbullah sejak pergerakan itu diasaskan 30 tahun lalu, sambil menambah bahawa jika Israel menyerang kawasan nuklear Iran, pemimpin di Iran tidak akan meminta apa-apa dari Hezbollah.
Beliau berkata jika perkara itu berlaku, kepimpinan Hizbullah akan duduk, berfikir dan memutuskan apa yang akan dilakukan.”
Spekulasi semakin meningkat bahawa Israel merancang untuk menyerang kemudahan Iran selepas komen oleh pemimpin Israel mengenai cita-cita Iran untuk membangunkan nuklear.
Ramai penganalisis percaya bahawa dalam sebarang serangan Israel terhadap Iran, Hizbullah akan berjuang membalas perang 34 hari dengan Israel pada 2006, akan menyerang negara Yahudi itu.
Kenyataan Nasrallah tidak mengejutkan kuasa dunia, termasuk Amerika Syarikat, yang menyenaraikan pertubuhan itu sebagai pengganas, dan berkata bahawa ia mendapat bantuan tentera dari Iran dan Syria. – ReutersBerita Harian Online | Iran bantu Hizbullah Lubnan:
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment