Pages

Wednesday, February 22, 2012

Aktiviti nuklear Teheran tidak boleh dirunding

TEHRAN: Iran menganggap aktitiviti nuklearnya sebagai hak yang tidak boleh dirundingkan.

Bagaimanapun, ia mengesahkan isu itu akan dibincangkan dalam rundingan dengan kuasa besar yang bertujuan untuk mengakhiri krisis yang mungkin boleh mencetuskan perang baru di Asia Barat.


“Isu aktiviti aman nuklear negara kami akan menjadi agenda dalam rundingan P5 + 1 (kelima-lima anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Jerman),” kata jurucakap Kementerian Luar, Ramin Mehmanparast kepada wartawan, semalam. “Tuntutan utama kami ialah pengiktirafan terhadap hak kami untuk memperoleh teknologi nuklear untuk keamanan.

“Hak itu sudah tercapai dan kami tidak fikir ada isu yang boleh dirundingkan lagi mengenai aktiviti nuklear kami,” kata Ramin.


Ramin membuat kenyataan itu pada hari kedua lawatan dua hari pegawai IAEA untuk berunding mengenai kemungkinan Iran mempunyai hasrat menggunakan program nuklearnya untuk tujuan ketenteraan. - AFP


myMetro | Aktiviti nuklear Teheran tidak boleh dirunding:

'via Blog this'

No comments: