Pages

Thursday, January 12, 2012

Yahudi balas dendam

BAITULMAQDIS: Seorang penggodam Yahudi mendedahkan maklumat terperinci yang didakwa dimiliki lebih 200 pemilik kad kredit warga Arab Saudi di Internet sebagai tindakan balas dendam ekoran perbuatan sama dilakukan penggodam Saudi awal bulan ini.

Dalam satu mesej bertajuk ‘Kad Kredit Rakyat Saudi Percuma’ penggodam itu menyenaraikan nama, alamat e-mel, nombor telefon dan nombor 217 kad kredit, di mana lebih 160 daripadanya masih boleh digunakan kerana belum mencapai tarikh lupus. Penggodam itu menggunakan nama samaran ‘0xOmer’, nama yang hampir sama dengan penggodam Saudi yang mendedahkan maklumat kad kredit Yahudi dan memperkenalkan dirinya sebagai ‘Omer Cohen dari Israel’.


Bagaimanapun, dalam mesej di Twitter, dia enggan mendedahkan kod keselamatan kad atau nombor CVC kad berkenaan dan berkata, tindakannya hanya sebagai amaran.

Minggu lalu seorang penggodam yang mendakwa berasal dari Saudi mendedahkan maklumat beribu-ribu kad kredit milik rakyat Israel dalam dua insiden berasingan. Mereka yang memberi respons kepada penggodaman itu dilaporkan terkena penyebaran virus Trojan horse. - AFPmyMetro | Yahudi balas dendam:

'via Blog this'

No comments: