Pages

Thursday, January 12, 2012

Ajal dirempuh selepas ditembak

Polis menyiasat kenderaan mangsa yang rosak selepas terkena tembakan
Polis menyiasat kenderaan mangsa yang rosak selepas terkena tembakan
Mangsa maut selepas ditembak dan dirempuh kenderaan
Mangsa maut selepas ditembak dan dirempuh kenderaan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 35 tahun maut selepas ditembak dan dilanggar dengan kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki sekumpulan lelaki di Taman Desa Air, Brickfields di sini, malam tadi.

Timbalan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, mangsa dipercayai berada di dalam sebuah kereta Honda Accord berdekatan sebuah restoran apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki beberapa lelaki menghampirinya.

Menurutnya, sejurus kemudian, kumpulan penjenayah itu melepaskan tembakan menyebabkan mangsa yang cedera keluar dari kereta dan cuba melarikan diri ke jalan utama.

Bagaimanapun, katanya, penjenayah terbabit mengejar mangsa dengan kenderaan mereka sebelum merempuh lelaki itu kira-kira 300 meter dari keretanya.


“Siasatan kami mendapati mangsa ditembak sebanyak lima das oleh penyerangnya dengan satu terkena bahu. Mangsa dipercayai keluar dari kenderaan menghala ke jalan utama untuk mendapatkan pertolongan.


“Mangsa dikatakan berlari untuk menyelamatkan diri tetapi dapat dikejar kenderaan suspek yang dipandu melawan arus sebelum melanggar lelaki itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, malam tadi.

Beliau berkata, polis turut menjumpai dua kelongsong peluru di dalam kereta mangsa dan serangan itu dipercayai dilakukan lebih daripada dua individu.

“Kami sedang menyiasat motif serangan dan berusaha untuk mengenal pasti penyerang terbabit,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

myMetro | Ajal dirempuh selepas ditembak:

'via Blog this'

No comments: