TEHERAN: Serangan bom yang membunuh saintis Iran semalam tidak akan menghentikan “kemajuan” program nuklear negara itu, kata Naib Presiden Mohammad Reza Rahimi.
Bercakap kepada stesen televisyen kerajaan, Mohammad Reza berkata, semalam pihak yang kononnya mendakwa memerangi pengganas sebaliknya menyerang saintis Iran.
“Mereka perlu sedar, saintis Iran kini semakin bersemangat mencapai kejayaan,” katanya.
Menurut Mohammad Reza, pembunuhan Mostafa Ahmadi Roshan adalah bukti bahawa kerajaan asing menaja keganasan. - AFP
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment