Pages

Thursday, January 12, 2012

Suami ‘gila’ pesawat juang buruk

MENURUT Mustafa, ketika kecil dia hanya memiliki mainan pesawat model Airfix dan gembira impiannya memiliki jet sendiri kini terlaksana.
MENURUT Mustafa, ketika kecil dia hanya memiliki mainan pesawat model Airfix dan gembira impiannya memiliki jet sendiri kini terlaksana.

LONDON: Seorang isteri berang apabila suaminya membelanjakan wang simpanan mereka untuk membeli jet pejuang, sekali gus menghancurkan impiannya memiliki kereta Porsche terpakai.

Pasangan suami isteri itu bertengkar apabila Mustafa Aziz menggunakan wang mereka sebanyak �6,995 (RM33,839) bagi membeli jet pejuang MiG 15.


Jet buruk itu pernah digunakan tentera udara Iraq ketika negara berkenaan berada di bawah penguasaan Saddam Hussein.

Selepas membeli jet buatan Republik Czech itu, Mustafa, 45, terpaksa mengaku kepada isterinya Mamu, bahawa ia tidak boleh terbang lagi.


Malah, tidak banyak yang boleh dimanfaatkan pada jet berkenaan.


Mempunyai hobi mengumpul barang kenang-kenangan berkaitan pesawat, Mustafa berkata, Mamu, 32, memang meradang kerana tidak bersetuju dia membeli jet berkenaan.

“Malah dia menganggap saya bodoh,” katanya kepada media, semalam.


Bagaimanapun, kata Mustafa, dia “bersyukur” kerana isterinya itu “wanita yang sangat memahami.” Kali terakhir jet MiG 15 itu terbang ialah pada lapan tahun lalu.

Ia diimport ke Britain oleh seorang lagi peminat pesawat kenalan Mustafa.


Disebabkan saiznya terlalu besar untuk garaj rumah Mustafa di Wallington, London Selatan, jet itu hanya diletakkan di luar rumah. Ia hanya menjadi tempat simpan kokpit pesawat Hawker Siddeley HS125 dibeli Mustafa sebelum ini. - TS

myMetro | Suami ‘gila’ pesawat juang buruk:

'via Blog this'

No comments: