PALU, Indonesia 5 Jan. - Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun didapati bersalah mencuri sepasang selipar seorang anggota polis, dalam satu kes yang mendapat bantahan ramai sehingga menyaksikan lebih 1,200 selipar diletakkan di balai-balai polis dan pejabat pendakwa raya.
Mahkamah Daerah Palu di Sulawesi tengah malam tadi dalam keputusannya bagaimanapun memutuskan, remaja itu yang berdepan hukuman penjara lima tahun dibenarkan pulang bersama ibu bapanya bagi tujuan menghadiri kaunseling.
"Berdasarkan bukti dan keterangan saksi, kami mendapati tertuduh bersalah kerana mencuri.
"Namun, mengambil kira umurnya, kami membenarkan dia pulang," kata Hakim Rommel Tampubolon.
Penduduk Indonesia bertindak meletakkan sejumlah selipar di balai polis dan pejabat pendakwa raya bagi melahirkan kekecewaan mereka berhubung cara pihak berkuasa menangkap dan mengendalikan proses perbicaraan membabitkan remaja itu. - AFP
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment