KENDERAAN dan bangunan di Kadhimiyah rosak teruk selepas kena bom.
Serangan terburuk menyaksikan sekurang-kurangnya 45 orang terbunuh dalam serangan bunuh diri di pinggir bandar Nasiriyah di selatan negara itu, ketika sekumpulan puak Syiah berjalan menuju ke Karbala untuk menghadiri upacara Arbaeen (memperingati tempoh 40 hari selepas kematian cucu Rasulullah Saidina Hussein).“Hospital Nasiriyah mengesahkan 45 orang terbunuh dalam serangan ketika rombongan puak Syiah menuju ke Karbala,” kata ketua jabatan kesihatan wilayah di Dhi Qar, Hadi Badr al-Riyahi.Di bandar Kadhimiyah, kementerian pertahanan dan dalam negeri melaporkan, sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala 14 lagi cedera dalam letupan bom kereta di persimpangan sebatang jalan. Beberapa kenderaan, kedai dan sebuah hotel yang baru dibina, rosak teruk.
Pada masa sama, lima butir bom meletup di kejiranan puak Syiah di utara Baghdad dan mencederakan berpuluh yang lain.
Keganasan turut menyebabkan lebih 100 orang cedera itu adalah yang terburuk sejak 67 orang maut pada 22 Disember, sejurus selepas krisis politik melanda Iraq apabila, waran tangkap dikeluarkan ke atas Naib Presiden,
Tareq al-Hashemi yang didakwa mengendalikan satu skuad untuk membunuh rakyat Iraq.
Speaker parlimen Iraq, Osama al-Nujaifi, seorang Sunnah dan negara jiran Iran mengecam sekeras-kerasnya keganasan yang berlaku.
Hashemi kini dilaporkan berlindung di wilayah Kurdis di utara dan menafikan dakwaan ke atasnya. Beliau dan anggota partinya Iraqiya memulaukan kabinet dan sidang parlimen Selasa lalu.
Berbeza dengan serangan bulan lalu yang tidak menyasarkan mana-mana puak, keganasan semalam disasarkan secara keseluruhannya ke atas puak Syiah. – AFP
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment