MANILA - Satu kejadian tanah runtuh berlaku di sebuah tapak perlombongan emas di selatan Filipina semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 25 orang terkorban manakala puluhan lagi tertimbus.
Bencana itu berlaku beberapa bulan selepas pihak berkuasa memberi amaran kepada pelombong bahawa gunung di tapak berkenaan akan runtuh.
Lereng gunung di kampung Napan, bandar Pantukan runtuh sekitar pukul 3 pagi ketika kebanyakan penduduk sedang nyenyak tidur.
Beberapa pegawai berkata, sekitar 50 buah rumah, setinggan dan bangunan lain musnah dalam kejadian tersebut.
Gabenor Wilayah Lembah Compostela, Arturo Uy memberitahu, selain mereka yang disahkan mati, lebih 100 orang dipercayai tertimbus dalam timbunan runtuhan.
Ramai anggota tentera dan sukarelawan tiba untuk membantu penduduk kampung menggali tanah untuk mencari mayat dan mangsa yang masih hidup. - Agensi
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment